See other experiences from UC International Business students.
Mengapa anda memilih untuk datang ke UC?
Saya pernah bercuti ke New Zealand beberapa tahun yang lalu dan sangat menyukainya sehingga saya memasang hajat untuk kembali, jadi saya mengambil keputusan untuk meneruskan MBA saya di sini. Saya mahu belajar di kawasan bandar, tetapi yang tenang dan tidak terlalu sibuk, dan Christchurch memenuhi kedua-dua kriteria tersebut. Apabila saya melihat keindahan bunga Sakura di kampus UC, saya menjadi lebih tertarik dengan universiti ini.
Bagaimanakah kakitangan akademik di UC?
Mereka sangat luar biasa. Belajar MBA di sini adalah pengalaman yang sangat praktikal, berasaskan perbincangan antara rakan sekelas, dan tenaga pengajar sentiasa menggalakkan pemikiran yang kreatif. Ia membuka mata dan meluaskan perspektif saya. Profesor di sini adalah pakar dalam bidang mereka, dan mereka sangat terbuka kepada kami untuk mencabar status quo.
Apakah yang anda suka tentang pengajian anda di UC?
Kursus-kursus yang ditawarkan di UC merupakan satu lagi faktor utama yang mempengaruhi keputusan saya untuk belajar di sini. UC menawarkan pelbagai kursus yang tidak ditawarkan oleh universiti lain. Selain itu, terdapat juga projek perundingan pada akhir semester, dan itulah yang benar-benar menarik minat saya. Saya seorang yang berorientasikan projek, jadi melakukan projek untuk sesebuah syarikat memberi kepuasan kepada saya.
Bagaimanakah sokongan untuk pelajar antarabangsa di UC Business School?
Ia hebat. Ketua Pengantarabangsaan MBA selalu mengadakan mesyuarat tetap dengan pelajar-pelajar antarabangsa MBA untuk mendapatkan maklum balas, mengetahui cara kami menyesuaikan diri dan memberi apa-apa sokongan yang kami perlukan. Pusat Kerjaya UC juga sangat membantu dalam menukarkan CV Malaysia saya ke dalam format New Zealand, dan membimbing saya dalam mencari pekerjaan.
Bagaimana kehidupan di New Zealand?
Kehidupan di sini sangat santai. Begitu tenang dan saya tidak berasa terlalu tertekan. Bila tugasan menjadi terlalu banyak, saya mudah untuk keluar menikmati alam semula jadi dan menenangkan fikiran. Penduduk-penduduk di sini juga sangat peramah. Suami saya sangat menyukai pengalamannya dengan penduduk tempatan. Dia berasa sangat dialu-alukan, dan dia juga seronok menikmati waktunya di sini.
Apa yang anda lakukan apabila anda tidak belajar?
Saya suka berehat di rumah, tetapi saya juga suka keluar berjalan-jalan dan mendaki bukit bersama suami dan rakan-rakan, terutamanya di Lyttelton. Saya dan suami saya juga suka pergi ke Tekapo dan mendaki di Lembah Hooker. Kali terakhir kami pergi, tempat itu dilitupi salji dan sangat cantik, dan kami merancang untuk kembali semula!
Sejauh manakah anda fikir ijazah anda menyediakan kerjaya pada masa depan?
Sangat baik! Terdapat banyak inisiatif yang dirancang khusus untuk pelajar MBA. Terdapat sesi informasi bersama pakar-pakar industri. Ia sangat membantu dari segi membina hubungan dan memahami selok-belok memimpin atau menjadi seorang pengarah. Pelajar MBA juga berpeluang untuk menjadi ahli Institut Pengarah, yang merupakan peluang hebat bagi mereka yang ingin menjadi pengarah atau mempelajari tatakelola sesebuah syarikat atau organisasi.
Adakah anda bekerja sambilan sambil belajar?
Saya bekerja sambilan sebagai pembantu penyelidik, iaitu menjalankan penyelidikan untuk meneliti sama ada dasar-dasar kerajaan sesebuah negara membantu perniagaan kecil dan sederhana ketika covid dan jika dasar-dasar tersebut membantu mereka untuk kekal berdaya saing untuk menghadapi impak yang serupa pada masa hadapan. Kami mempunyai ahli pasukan dari universiti-universiti di seluruh dunia. Ia meluaskan pengetahuan saya dengan mempelajari tentang negara-negara lain. Ini memberi manfaat besar kerana ia berkait rapat dengan MBA saya; kelestarian dan ketabahan adalah penting untuk kerjaya masa depan saya.
Adakah anda akan mengesyorkan UC kepada pelajar antarabangsa yang lain?
Ya! Tiada apa yang buruk untuk dikatakan tentang New Zealand atau UC. Saya rasa UC adalah yang terbaik kerana terdapat begitu banyak informasi yang tersedia di sini dan anda mempunyai sumber and peluang yang mencukupi. Ia bagus jika anda mahu kekal cergas, mendahului orang ramai, dan mengetahui banyak perkara tentang apa yang berlaku dengan teknologi.